
Polisi Privasi dan Perlindungan Data (“Polisi Privasi”)
Polisi Privasi ini menerangkan asas bagaimana DA Adept (Malaysia) Sdn. Bhd. dan syarikat-syarikat berkaitan kami (“DA”, “kami”, “kita” atau “milik kami”) boleh mengumpul, menggunakan, mendedahkan atau selainnya memproses data peribadi pelanggan kami apabila anda menggunakan laman web kami di https://www.doctoranywhere.my (“Laman Web”) dan/atau aplikasi mobil Doctor Anywhere (“Aplikasi”) (secara kolektif, “Platform”) selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”). Polisi Privasi ini terpakai kepada data peribadi yang berada dalam milikan atau kawalan kami, termasuk data peribadi yang berada dalam milikan organisasi-organisasi yang kami telah lantik untuk mengumpul, menggunakan, mendedahkan atau memproses data peribadi bagi tujuan-tujuan kami.
Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Polisi Privasi ini dan Terma dan Syarat kami, sila elakkan daripada menngunakan mana-mana bahagian Platform. Dengan berkomunikasi, berurusan dengan DA atau menggunakan produk atau perkhidmatan kami, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami Polisi Privasi ini serta bersetuju dan memberikan kebenaran kepada penggunaan, pemprosesan, pendedahan dan pemindahan data peribadi anda oleh DA sebagaimana yang diterangkan dalam Polisi Privasi ini.
DATA PERIBADI
1. Seperti yang digunakan dalam Polisi Privasi ini:
“pelanggan” bermaksud seseorang individu yang (a) telah menghubungi kami melalui apa-apa cara (seperti melalui mana-mana bahagian Platform) berhubung dengan barangan atau perkhidmatan yang terdapat di Platform, atau (b) mungkin, atau telah, memasuki dalam suatu kontrak dengan kami bagi pembekalan apa-apa barangan atau perkhidmatan oleh kami; dan
“data peribadi” bermaksud data, sama ada benar atau tidak, mengenai seseorang pelanggan yang boleh dikenal pasti: (a) daripada data tersebut; atau (b) daripada data tersebut dan maklumat lain yang kami mempunyai atau berkemungkinan mempunyai akses kepadanya.
2. Bergantung kepada sifat interaksi anda dengan kami, beberapa contoh data peribadi yang kami mungkin kumpulkan daripada anda termasuk:
a. Nama, nombor pengenalan seperti nombor kad pengenalan, nombor pasport, alamat kediaman, alamat e-mel, nombor telefon, kewarganegaraan, jantina dan tarikh lahir anda;
b. Maklumat perubatan dan kesihatan yang boleh dikenal pasti secara peribadi yang anda berikan kepada kami (termasuk maklumat atau rekod berkaitan sejarah perubatan atau kesihatan fizikal atau mental anda, tuntutan perubatan, status kesihatan, keputusan ujian makmal dan imej diagnostik);
c. Maklumat perubatan dan kesihatan yang boleh dikenal pasti secara peribadi mengenai anda yang disediakan oleh ahli profesional kesihatan/penyedia rawatan yang memberikan perkhidmatan dan produk perubatan atau penjagaan kesihatan kepada anda melalui Platform (termasuk rekod perubatan, nota rawatan dan pemeriksaan);
d. Maklumat pengebilan yang anda berikan kepada kami (misalnya maklumat kad kredit atau maklumat akaun sistem pembayaran dalam talian);
e. Maklumat mengenai komputer atau peranti mudah alih yang anda gunakan;
f. Lokasi geografi atau alamat; atau
g. Maklumat lain yang anda mungkin masukkan dalam Platform atau perkhidmatan berkaitan.
3. Terma-terma lain yang digunakan dalam Polisi Privasi ini hendaklah mempunyai makna yang diberikan kepadanya dalam APDP (dimana konteks bersesuaian dan menerimanya).
PENGUMPULAN, PENGGUNAAN DAN PENDEDAHAN DATA PERIBADI
4. Secara amnya, kami tidak mengumpul data peribadi anda melainkan (a) data peribadi tersebut diberikan secara sukarela oleh anda ada secara langsung atau melalui pihak ketiga yang telah diberi kuasa sewajarnya oleh anda untuk mendedahkan data peribadi anda kepada kami (“Wakil Sah” anda, yang boleh termasuk majikan anda atau syarikat insurans anda sekiranya mereka memproses tuntutan anda untuk rawatan perubatan) bagi tujuan yang dinyatakan dalam Polisi Privasi ini, atau (b) pengumpulan dan penggunaan data peribadi tanpa persetujuan dibenarkan atau dikehendaki oleh APDP atau undang-undang lain. Kami akan mendapatkan persetujuan anda sebelum mengumpul apa-apa data peribadi tambahan dan sebelum menggunakan data peribadi anda bagi suatu tujuan yang belum dimaklumkan kepada anda (melainkan dibenarkan atau diperuntukkan oleh undang-undang).
5. Kami mungkin mengumpul dan menggunakan data peribadi anda bagi mana-mana atau kesemua tujuan berikut:
a. menlaksanakan obligasi dalam perjalanan atau berkaitan dengan penyediaan barangan dan/atau perkhidmatan yang diminta oleh anda (termasuk penyediaan mana-mana perkhidmatan perubatan atau penjagaan kesihatan, penghantaran produk yang dibeli oleh anda);
b. mengesahkan identiti anda;
c. menjawab, mengendalikan, dan memproses pertanyaan, permintaan, permohonan, aduan dan maklum balas daripada anda;
d. menguruskan hubungan anda dengan kami;
e. memproses atau memudahkan pemprosesan tuntutan anda;
f. memproses bayaran atau transaksi kredit;
g. meningkatkan kualiti perkhidmatan perubatan atau penjagaan kesihatan melalui pelaksanaan semakan kualiti dan akitiviti-aktiviti yang seumpamanya;
h. menyediakan maklumat yang telah dinyahkenal pasti, iaitu maklumat yang tidak digunakan atau tidak bertujuan untuk digunakan bagi mengenal pasti seseorang individu secara peribadi (contohnya statistik agregat yang berkaitan dengan penggunaan perkhidmatan di Platform);
i. memaklumkan kepada anda apabila terdapat kemas kini Platform;
j. memasarkan dan mempromosikan Platform, serta perkhidmatan dan produk yang ditawarkan dalam Platform kepada anda;
k. mematuhi mana-mana undang-undang, peraturan, kod amalan, garis panduan, atau peraturan yang terpakai, atau untuk membantu dalam penguatkuasaan atau penyiasatan undang-undang yang dijalankan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan dan/atau pengawalseliaan;
l. mengubah data peribadi kepada data yang telah dianonimkan bagi tujuan analitik dan penyelidikan pasaran;
m. apa-apa tujuan lain bagi mana anda telah memberikan maklumat tersebut;
n. menghantar kepada mana-mana pihak ketiga yang tidak bersekutu, termasuk penyedia perkhidmatan dan ejen pihak ketiga kami, serta pihak berkuasa kerajaan dan/atau pengawalseliaan yang berkaitan, sama ada di Malaysia atau luar negara, bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas; dan
o. apa-apa tujuan perniagaan sampingan lain yang berkaitan dengan atau berhubung dengan perkara di atas.
6. Apabila anda menggunakan Platform, perkhidmatan, atau membeli atau mengatur penghantaran produk, maklumat tertentu mungkin dikumpulkan secara tidak langsung:
a. Maklumat aktiviti laman: Kami mungkin menjejaki sebahagian tindakan yang anda lakukan di Platform, seperti kandungan carian yang anda lakukan di Platform;
b. Maklumat Peranti Akses dan Pelayar: Apabila anda mengakses Laman Web daripada komputer atau peranti lain, kami mungkin mengumpul maklumat tanpa nama daripada peranti tersebut, seperti alamat protokol Internet anda, jenis pelayar, kelajuan sambungan dan masa akses;
c. Kuki (iaitu cebisan kecil maklumat yang dihantar oleh sesuatu laman kepada pelayar anda semasa anda melayari sesuatu laman sesawang): Kami mungkin menggunakan kedua-dua kuki sesi (yang tamat sebaik sahaja anda menutup pelayar web anda) dan kuki berterusan untuk memudahkan penggunaan Platform dan perkhidmatan, meningkatkan algoritma pemperibadian kami serta memaparkan iklan yang disesuaikan dengan minat dan keutamaan anda, dan melindungi anda dan DA. Anda boleh menetapkan pelayar anda, dengan mengubah pilihannya, supaya berhenti menerima kuki atau memberi amaran sebelum menerima sesuatu kuki daripada laman sesawang yang anda lawati. Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak menerima kuki, anda mungkin tidak dapat kekal log masuk ke Platform. Pada masa ini, kami tidak memenuhi permintahan “Do Not Track” di semua bahagian Platform kami.
d. Lokasi Masa Nyata: Ciri-ciri tertentu Platform menggunakan teknologi GPS untuk mengumpul maklumat masa nyata mengenai lokasi peranti anda supaya Platform dapat menghubungkan anda dengan profesional penjagaan kesihatan/penyedia rawatan yang berhampiran dengan lokasi anda.
e. Maklumat Peranti: Kami juga mungkin mengumpul maklumat bukan peribadi daripada peranti mudah alih atau komputer anda. Maklumat ini secara amnya digunakan untuk membantu kami menyampaikan maklumat yang paling relevan kepada anda. Contoh maklumat yang mungkin dikumpul dan digunakan termasuk cara anda menggunakan aplikasi dan maklumat mengenai jenis peranti atau komputer yang anda gunakan. Selain itu, sekiranya aplikasi kami mengalami kerosakan pada peranti mudah alih anda, kami akan menerima maklumat mengenai model peranti mudah alih anda, versi perisian dan pembekal rangkaian peranti, yang membolehkan kami mengenal pasti dan membaiki pepijat serta meningkatkan prestasi aplikasi kami.
f. Analitik Web: Kami mungkin menggunakan Google Analytics untuk membantu menganalisis cara pengguna menggunakan Laman Web. Google Analytics menggunakan kuki untuk mengumpul maklumat seperti kekerapan pengguna melawat Laman Web, halaman yang dilawati, dan laman lain yang digunakan sebelum mengakses Laman Web. Kami menggunakan maklumat yang diperoleh daripada Google Analytics hanya untuk menambah baik Laman Web dan perkhidmatan kami. Google Analytics hanya mengumpul alamat IP yang diberikan kepada anda pada tarikh anda melawat Laman Web dan bukannya nama anda atau maklumat pengenalan peribadi lain. Walaupun Google Analytics meletakkan kuki berterusan pada pelayar web anda untuk mengenal pasti anda sebagai pengguna unik semasa lawatan berikutnya ke Laman Web, kuki tersebut tidak boleh digunakan oleh sesiapa selain Google. Keupayaan Google untuk menggunakan dan berkongsi maklumat yang dikumpulkan oleh Google Analytics mengenai lawatan anda ke Laman Web adalah tertakluk kepada Terma Penggunaan Google Analytics dan Polisi Privasi Google.
7. Kami mungkin mendedahkan data peribadi anda apabila pendedahan tersebut diperlukan bagi melaksanakan obligasi dalam perjalanan atau berkaitan dengan penyediaan barangan dan perkhidmatan yang diminta oleh anda:
a. Kepada subsidiari, syarikat berkaitan, sekutu atau rakan kongsi kami;
b. Kepada pihak berkaitan yang mungkin memproses tuntutan penjagaan perubatan anda. Bagi mengelakkan keraguan, kami tidak akan mendedahkan sebarang diagnosis perubatan sulit kepada pihak tersebut melainkan persetujuan anda diberikan kepada kami secara berasingan secara bertulis;
c. Kepada kontraktor, penyedia perkhidmatan dan pihak ketiga lain yang kami gunakan untuk menyokong perniagaan kami dan yang terikat dengan obligasi kontrak untuk mengekalkan kerahsiaan maklumat peribadi dan menggunakannya hanya bagi tujuan yang kami dedahkan kepada mereka (termasuk penyedia perkhidmatan logistik dan penyedia perkhidmatan data);
d. Sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang, termasuk memberikan maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah mahkamah;
e. Apabila kami percaya dengan suci hati bahawa pendedahan adalah perlu untuk melindungi keselamatan anda atau keselamatan orang lain, melindungi hak kami, menyiasat penipuan atau menjawab permintaan kerajaan;
f. Kepada pembeli atau pengganti lain sekiranya berlaku penggabungan, pelupusan, penstrukturan semula, penyusunan semula, pembubaran atau penjualan atau pemindahan lain sebahagian atau keseluruhan aset DA, sama ada sebagai suatu usaha berterusan atau sebagai sebahagian daripada kebankrapan, pembubaran atau prosiding seumpamanya, di mana data peribadi yang disimpan di Platform adalah antara aset yang dipindahkan;
g. Kepada mana-mana orang atau organisasi lain yang didedahkan oleh kami semasa anda memberikan maklumat.
8. Tujuan yang disenaraikan dalam klausa di atas mungkin terus terpakai walaupun dalam keadaan di mana hubungan anda dengan kami (contohnya, menurut kontrak pekerjaan anda sekiranya anda diambil bekerja) telah ditamatkan atau diubah dalam apa-apa cara, untuk suatu tempoh yang munasabah selepas itu (termasuk, jika berkenaan, tempoh yang membolehkan kami menguatkuasakan hak kami di bawah kontrak dengan anda).
9. Polisi Privasi ini hanya terpakai kepada maklumat yang kami kumpulkan melalui Platform dan melalui e-mel, pesanan teks dan komunikasi elektronik lain yang dihantar melalui atau berkaitan dengan Platform. Polisi ini tidak terpakai kepada maklumat yang dikumpulkan oleh mana-mana pihak ketiga. Apabila anda mengklik pautan di Platform, anda mungkin meninggalkan laman kami. Kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan privasi laman lain dan kami menggalakkan anda membaca penyataan privasi mereka.
PENARIKAN BALIK PERSETUJUAN
10. Persetujuan yang anda berikan bagi pengumpulan, penggunaan dan pendedahan data peribadi anda akan kekal sah sehingga persetujuan tersebut ditarik balik oleh anda secara bertulis. Anda boleh menarik balik persetujuan dan meminta kami berhenti mengumpul, menggunakan dan/atau mendedahkan data peribadi anda bagi mana-mana atau semua tujuan yang disenaraikan di atas dengan mengemukakan permintaan anda secara bertulis atau melalui e-mel kepada Pegawai Perlindungan Data kami melalui butiran hubungan yang dinyatakan di bawah.
11. Setelah menerima permintaan bertulis anda untuk menarik balik persetujuan, kami mungkin memerlukan tempoh munasabah (bergantung kepada kerumitan permintaan dan kesannya terhadap hubungan kami dengan anda) untuk memproses permintaan anda dan memaklumkan anda tentang akibat kami memenuhi permintaan tersebut, termasuk sebarang akibat undang-undang yang boleh menjejaskan hak dan liabiliti anda terhadap kami. Secara amnya, kami akan berusaha memproses permintaan anda dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas menerimanya.
12. Walaupun kami menghormati keputusan anda untuk menarik balik persetujuan, sila ambil perhatian bahawa bergantung kepada sifat dan skop permintaan anda, kami mungkin tidak dapat terus menyediakan barangan atau perkhidmatan kami kepada anda dan dalam keadaan sedemikian, kami akan memaklumkan anda sebelum melengkapkan pemprosesan permintaan anda. Sekiranya anda memutuskan untuk membatalkan penarikan balik persetujuan anda, sila maklumkan kepada kami secara bertulis mengikut cara yang diterangkan dalam Klausa 10 di atas.
13. Sila ambil perhatian bahawa penarikan balik persetujuan tidak menjejaskan hak kami untuk terus mengumpul, menggunakan dan mendedahkan data peribadi apabila pengumpulan, penggunaan dan pendedahan tersebut tanpa persetujuan dibenarkan atau dikehendaki di bawah undang-undang yang terpakai.
AKSES KEPADA DAN PEMBETULAN DATA PERIBADI
14. Sekiranya anda ingin membuat (a) permintaan akses untuk mendapatkan akses kepada salinan data peribadi yang kami pegang mengenai anda atau maklumat mengenai cara kami menggunakan atau mendedahkan data peribadi anda, atau (b) permintaan pembetulan untuk membetulkan atau mengemas kini mana-mana data peribadi anda yang kami pegang mengenai anda, anda boleh mengemukakan permintaan anda secara bertulis atau melalui e-mel kepada Pegawai Perlindungan Data kami melalui butiran hubungan yang dinyatakan di bawah. Permintaan tersebut hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan yang akan kami sediakan, dan hendaklah merangkumi butiran pemohon, penerangan mengenai data peribadi yang diminta atau yang memerlukan pembetulan serta tarikh dan tempoh masa data peribadi tersebut dipercayai telah dikumpulkan.
15. Sila ambil perhatian bahawa fi yang munasabah mungkin dikenakan bagi permintaan akses. Jika demikian, kami akan memaklumkan anda mengenai fi tersebut sebelum memproses permintaan anda.
16. Kami akan memberikan maklum balas kepada permintaan anda secepat yang munasabah. Secara amnya, maklum balas kami akan diberikan dalam tempoh dua puluh satu (21) hari selepas menerima permintaan anda (“Tempoh Permulaan”). Sekiranya kami tidak dapat memberikan maklum balas dalam Tempoh Permulaan, kami akan memaklumkan anda secara bertulis dalam Tempoh Permulaan dan dalam apa jua keadaan akan mematuhi permintaan tersebut dalam tempoh empat belas (14) hari selepas Tempoh Permulaan. Sekiranya kami tidak dapat memberikan anda sebarang data peribadi atau membuat pembetulan yang diminta oleh anda, kami secara amnya akan memaklumkan anda mengenai sebab-sebab kami tidak dapat berbuat demikian (kecuali apabila kami tidak dikehendaki berbuat demikian dalam APDP).
PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
17. Bagi melindungi data peribadi anda daripada akses, pengumpulan, penggunaan, pendedahan, penyalinan, pengubahsuaian, pelupusan atau risiko seumpamanya yang tidak dibenarkan, kami telah melaksanakan langkah pentadbiran, fizikal dan teknikal yang bersesuaian serta teknologi peningkatan privasi seperti perlindungan antivirus yang terkini, penyulitan, dan pendedahan data peribadi sama ada secara dalaman dan kepada penyedia perkhidmatan pihak ketiga dan ejen kami yang diberikuasa hanya atas dasar perlu mengetahui.
18. Walau bagaimanapun, anda harus sedar bahawa tiada kaedah penghantaran melalui Internet atau kaedah penyimpanan elektronik yang benar-benar selamat. Walaupun keselamatan tidak dapat dijamin sepenuhnya, kami berusaha melindungi keselamatan maklumat anda dan sentiasa menyemak serta meningkatkan langkah keselamatan maklumat kami.
KETEPATAN DATA PERIBADI
19. Kami secara amnya bergantung kepada data peribadi yang diberikan oleh anda (atau wakil dibenarkan anda). Bagi memastikan data peribadi anda adalah terkini, lengkap dan tepat, sila kemas kini kami sekiranya terdapat perubahan kepada data peribadi anda dengan memaklumkan Pegawai Perlindungan Data kami secara bertulis atau melalui e-mel melalui butiran hubungan yang dinyatakan di bawah.
​
PENYIMPANAN DATA PERIBADI
20. Kami boleh menyimpan data peribadi anda selama mana yang diperlukan untuk memenuhi tujuan data tersebut dikumpulkan, atau sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai.
21. Kami akan berhenti menyimpan data peribadi anda, atau menghapuskan cara yang membolehkan data tersebut dikaitkan dengan anda, sebaik sahaja adalah munasabah untuk menganggap bahawa penyimpanan tersebut tidak lagi memenuhi tujuan data peribadi tersebut dikumpulkan dan tidak lagi diperlukan bagi tujuan undang-undang atau perniagaan.
PEMINDAHAN DATA PERIBADI
22. Untuk membekalkan anda dengan perkhidmatan melalui Platform kami, data peribadi anda mungkin dipindahkan kepada dan disimpan dengan pembekal perkhidmatan awan (Cloud) pihak ketiga kami di negara selain Malaysia. Kami akan mengambil langkah-langkah untuk memastikan tahap perlindungan sewajarnya yang diperlukan untuk mengekalkan keselamatan dan integriti data peribadi anda dan akan berbuat demikian mengikut PDPA untuk memastikan kami menyediakan suatu standard perlindungan terhadap data peribadi yang dipindahkan itu setanding dengan perlindungan dalam PDPA dan mana-mana undang-undang yang terpakai.
PEGAWAI PERLINDUNGAN DATA
23. Anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklum balas berkaitan polisi dan prosedur perlindungan data peribadi kami, atau sekiranya anda ingin membuat sebarang permintaan, dengan cara yang berikut:
Pegawai Perlindungan Data
No. Telefon : +603-7890 5856
Alamat emel : dpo@doctoranywhere.com
KESAN POLISI PRIVASI DAN PERUBAHAN KEPADA POLISI PRIVASI
24. Polisi Privasi ini terpakai bersama-sama dengan notis-notis, klausa-klausa kontrak dan klausa-klausa persetujuan yang terpakai berhubung dengan pengumpulan, penggunaan dan pendedahan data peribadi anda kepada kami.
25. Kami mungkin mengemas kini Polisi Privasi ini dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis terdahulu. Anda boleh menentukan sekiranya kemas kini tersebut telah berlaku dengan merujuk kepada tarikh terakhir Polisi Privasi ini dikemas kini. Penggunaan berterusan perkhidmatan kami oleh anda merupakan pengakuan dan penerimaan anda terhadap kemas kini tersebut dan kebenaran anda untuk membenarkan kami terus menggunakan, memproses, mendedahkan dan/atau memindahkan data peribadi anda selaras dengan Polisi Privasi yang dikemas kini tersebut.
​
Tarikh berkuat kuasa : 11 Jun 2026
Tarikh kemas kini terakhir : 11 Jun 2026
​
​